OH MY RAYA

Assalamualaikum. Ok ini adalah post raya saya. Hm. Taktahu nak kata apa. Ok kitaorang family nik mazlan beraya kat Johor & negeri sembilan. Jom tgk gambar!

Kakak dan abang abang




Okay itu semua raya dengan keluarga. Dan ini pula dengan kawan kawan



Alhamdulilah.

Assalamualaikum. Sila jawab salam.



Okay haha. Ni nak cerita pasal kenduri. Ahad haritu ada kenduri sepupu. Nikah hari sabtu. Ahad malam bersanding. Nikah haritu Ya Allah lawanya pengantin baru. Kak mira lawa sangat bajunya. Macam Princess. Ahak ahak. Saya pun nak pakai macam tu *fantasi*

Esoknya kitaorg tak berpakat langsung nak pakai baju warna unggu. Tut tut semua pakai baju unggu. Eh eh sama pula tema nya dengan kenduri tu. Kitaorang bergerak pukul 6. Sampai sana pukul 7 lebih. Maklum, dekat KL. Dewan Merak. Felda? Kot. Ehehe tak ingat. Solat solat dulu. Pastu sampai. Kami sampai awal. Duduk dekat meja kerusi yang dah disediakan 'Keluarga perempuan' kategori tu ler. hahaha.

Style nya bukan buffet. Makanan dah tersedia dekat atas meja. Mak aii air anggur dia sedap sangat. Pastu bila pengantin datang ada 'spotlight'. WOW. Cantik. Pastu ada klon Anuar zain datang buat persembahan. AHAHA. Lawak -.-



Makanan dia, udang besar2, ikan, daging tu, papadom. Dan macam macam lagi. Buah lagi. Kuih lagi. Hmm memang perut kenyang bak makan setahun.. haha EH? Tambah semuanya waiter yang buat. Tuang air, pakaikan sapu tangan, serve kek icecream, dan suap? haha *over. Lepastu ada lah video sikit yang dibuat. Yang menunjukkan dia dari kecil macam mana. Gambar keluarga. Ahhh indah. Okaylah sampai disini sahaja. Bai. assalamualaikum :)

KLCC.

Assalamualaikum.



2 hari 3 malam berada di KL. Sebab apa? Hm begini ceritanya.
Kakak call. Ada kerja dekat KLCC. So dia kena dtang KL. Dia ajak saya dan kakak pergi ikut sekali. Kami duduk di Hotel Traders. Sangat dekat dengan KLCC. Jalan kaki je kot.

Sampai tu malam. Alah dari Klang ke KL je pun. Tak jauh pun. Malam malam lampu lampu dekat KLCC cantik sangat. Pastu malam esok kami pergi tengok pertunjukkan dekat depan klcc. Bunyi nya sangat gempak. Hehehe. lampu lampu memancar. Cantik. Ambil gambar lah apa lagi.

Malam tu jugak kitaorang makan malam dekat Suria klcc. Hm sedap. Kakak pun beli muffins. Wow sedap. Maklum lah. 31 mei harijadi saya means esoknya. Lepastu kami balik semula ke hotel. Naik kereta yang disediakan oleh hotel. Malam tu saya tak tidur malam. Yang lain dah tidur. Sebab apa? Sebab saya tunggu Hari Tua yey!

Malam tu ramai wish happy Birthday. Sangat gembira. Terima kasih people. Hm itu sahaja. Dah takde idea. Assalamualaikum :)

Holiday?

Assalamualaikum.



Disini saya ingin mengadu perasaan sedih sebab takdapat takdapat pergi holiday jauh jauh. K fine. Parents busy. Okay bercuti di dalam rumah je. -_________-

Tapi kat rumah yelah, folio, kerja ini itu, study EH? dan lagilagilagi.Busy busy busy. Taksempat. Tengok calendar tup tup dah nak habis cuti. Okay saya - > ARGGGGGGGGGGGGGGGGH APAKAH?
Tolong saya nak ditambahkan cuti. Act folio saya tak pernah nak siap awal -'- Sadlife. *apa yang aku merepek?* Hah mungkin balik kg kot khamis ni. Sebab otw nak hantar kakak kat mrsm trg. Sambil tu balik kg ayah kat kelantan. Belah mak tak balik. Kat muar johor. EHEK EHEK.

Cuti ni saya banyak pergi kenduri. Kenduri tu satu hari ada 3, 2. Argh penat. Okay itu sahaja. KEKOSONGAN idea. Okay bai assalamualaikum :)